Monday 7 January 2019

Kepada yang nak settlekan ASB LOAN.

Apa yang kamu perlu buat dan tahu. 

Uinahh lama xupdate, dalam 3 tahun+ haha. Sebelum ni sy post pasal macam mana mau cek/bayar asb online kan (kalau kamu ada tengok post sy sebelum ni la). Ok kali ini untuk kamu yang mau settlekan asb dan apa yang perlu dibuat. Sy share la my experience.

As I told u guys dipost sebelum ni sy ambil for 5 year punya tempoh but then sy putuskan untuk setelkan awal tahun ni which belum pun cukup 5 tahun (3tahun+) tapi sy suda fikir masak-masak. Kalau amount kecil tu bole la settlekan kalau amount besar itu up to u guys coz sy buat yang kecil dulu. Kita try dulu baru bole plan untuk loan seterusnya. Oh ya lupa bagitau, loan tu sy xbuat auto deduct / potongan terus dari account sebab apa? Coz I planned to pay more than I should. Cth; bayaran asal ialah 380/month tapi sy bayar 400-600/month. Masa kena bonus cun2 (lebih) sy bayar lebih lagi. That's how I do for my loan. 

(sy ss IGstory sy tu la agak blur hehe) 

Ini adalah slip yang kamu akan dapat selepas buat full settlement nanti. Oh ya kalau kamu bayar macam cara sy (bayar lebih), kamu akan perasan ada 2 amount berbeza kalau kamu cek account asb kamu diCIMB (online). Sy xtahu kalau bank lain mungkin berbeza tapi sy buat dengan CIMB dan it show 2 different amount. 

3, 154. 35 (balance yang perlu dibayar) 
5, 431. 32 (balance sebelum -advance payment)

(Sorry sy lupa screenshot sebelum buat settlement huhuhu) So jangan keliru. Dulu sy pun tertanya-tanya "kenapa amount masih sama walaupun sy bayar lebih?" and sy dapat jawapan selepas bayar. Kalau kamu perasan dalam slip tu dia ada bagitau advance payment 2, 279. 81 kan? Itu la dia jumlah lebih yang sy bayar tapi kalau kamu rajin dan ingat, sebelum buat settlement (ini untuk yang bayar lebih) tanya la dulu kaunter pertanyaan atau cek dengan dia berapa balance yang perlu dibayar untuk account asb kita tu. Dia akan minta IC dan tolong kita cek.


So once kamu suda selesai bayar balance yang perlu dibayar, it's show like this on your dashboard. Sy suka letak diDashboard untuk remind me to pay kalau sy cek gaji tiap bulan hehe. So as u see unit trust sy suda 0.00 (settled). Bayar suda lunas, pihak bank akan minta kita isi form utk yg terakhir kali. Form ni untuk proses pemindahan duit nanti. Oh ya info penting, selepas siap fill up form tu kakak bank tu bagitau yang sekarang ni xguna sijil suda. Mean sijil tidak diperlukan lagi hantar ke PNB untuk tukarkan sijil ke cash. Pihak bank akan transfer duit kita tu ke account kita within a month (untuk lebih pasti bole tanya mana-mana bank yang berdekatan ya) tapi kakak tu bagitau kalau rajin bole cek juga mana tau masuk awal hehe but still dia bagitau usually after a month baru duit tu masuk. So kita tunggu dan lihat. Ok guys that's all for today sharing. Harap bole membantu ya walaupun sikittt. That's it BABAIIII 👋🏻