Saturday 29 November 2014

Ke Cameron Highland Buat Pertama Kali

hello u all. hari ini saya akan bercakap tentang trip saya ke Cameron Highland buat pertama kalinya dan saya ke sana hanya sendirian. sebelum saya ke cameron highland, saya check dulu tempat apa yang perlu saya lawati dan macam mana saya ke sana serta dimana perlu saya stay. siap semua itu, saya akan membuat pengiraan berkenaan dengan bajet trip saya itu. maklumlah baru pertama kali dan sendirian, trip saya perlu usaha. its kind of tutorial for those who dont have car and planned to go by bus. Lets us start it.

This is the important, u search on google about where to visit, where to stay, how to go and how much will it cost. After u finish with that 2W2H, Your first step would be 'how to go'. Since I don't have car, I took bus. So, I booked ticket here www.busonlineticket.com . After booked, then just wait until the day come. The bus station is at Pudu Sentral. opssss, wait. I'll show u the photo hehe


Pudu sentral is 5-10min walk from Berjaya Time Square. oopss! speaking saja hahaa ok. Dari pudu sentral kira-kira 4jam perjalanan  untuk ke Cameron Highland. Perjalanan dia kalau bagi saya memeningkan sebab jalan dia selepas Kepong sangat beralun macam ular. Fuhhh! All I can do is sleep and sleep hahaa saya sampai di cameron highland kira-kira pukul 10.30pm dari pukul 6.00pm di Stesen Pudu Sentral. So at first I arrived in cameron highland is at night and as fast as I could I grab taxi and go to where should I stay. Here is where I stay during the trip. 

  

So how was it? Its so beautiful right? The 1st pic is mini bar, 2nd is where u can hang out, 3rd is the main door, the 4&5 is mini flowers garden or mini lavender in front the main door. I was really happy to see it. Sorry because I just took few pic the place where I stay. oh ya here where I stay  www.westwoodhighland.com . The owner named Troji is so friendly and he will show u all the way if u wan to go visit place. Gambar dibawah time saya melawat taman lavender (free saja masuk).





Selain taman lavender, saya ada juga melawat taman rama-rama (rm5 untuk dewasa, rm2 untuk kanak ). Terletak dekat dengan Kea Farm. 5km dari tanah rata. Ini gambarnya hehe



Gambar dibawah pula time saya petik buah Strawberry (free saja kalau tengok dan rm30 setiap 1/2 kilo). Its my first time so faham-fahamlah. Perangai jakun itu ada hahaa




Dan tempat yang paling saya suka ialah Boh Tea Plantation haha its was so beautiful and exciting moment i was there. Yalah, orang first time datang la katakan haha here some pic of it..






Gambar atas saya lawat tea factory and from there I can see how they made it. Its good to visited the tea factory. The middle pic pula time saya lunch di cafe tea. syokkk nya! hahaa manakala gambar bawah pula time saya jalan-jalan di ladang tea (tetap juga berselfie haha). 

Ada beberapa tempat lagi yang saya teramat sangat mau lawat antaranya mossy forest but i cant make it because its was raining time tu. So better saya lawat lain kali sajalah. Actually banyak lagi gambar yang saya mau share tapi ini saja yang menarik saya capture (guna hp saja kan). Ohya before saya stop, the whole cost time saya di cameron ialah about rm500 saja. Ok, cukuplah sampai disini saja, bye :)

Monday 24 November 2014

Kisah Tasik Buyut Kg. Mangkalua

Ok today i'm going to tell u guys an interesting story about a place in my village tapi sebelum saya mulakan cerita, its better kalau saya tunjukkan dulu gambar tempat tersebut kan.


There u are. This is the place that i will talk about. Cantik? hehe As u can see, tasik ini dikenali sebagai tasik buyut. Kenapa tasik ini diberi nama sedemikian? Ah. Inilah yang akan saya ceritakan the story behind it. OK, Lets me start it.

seperti yang saya sudah bagi tahu, Tasik buyut ini terletak di Kg. Mangkalua yang kira-kira 13km dari pekan Kota Marudu. Cerita Lagenda ini bermula kerana kemurkaan dewa akibat sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan. Menurut En. Gregory iaitu salah seorang staff di perikanan Tasik buyut, kampung saya sebenarnya sebuah kampung yang cantik dan terkenal pada masa itu. Tanahnya subur untuk pertanian dan persekitaran alam semulajadinya indah.

Difahamkan bahawa penduduk kampung sering mangaramai (mengadakan pesta dan majlis keramaian). Seperti biasa tuan, tapai dan menu tradisi kami yang lain merupakan menu wajib dalam acara tersebut. Diceritakan bahawa malapetaka berlaku selepas penduduk memaksa seekor kucing dan kera meminum arak dan memaksa kedua-duanya menari. Pesta keramaian kali ini menjadikan haiwan tersebut sebagai bahan jenaka, sambil para penduduk bersorak gembira dan paluan Gongv (alat muzik tradisional) semakin kuat. Dikatakan juga bahawa mereka turut melaga-lagakan kedua-dua haiwan tersebut sehingga mati.

 Berikutan dengan perbuatan itu, dewa menurunkan malapetaka iaitu hujan yang sangat lebat, dentuman petir dan ribut yang tiada penghujung selama seminggu. Kilat sambung-menyambung dan air hujan tidak boleh diminum kerana airnya beracun. Perkampungan tersebut pun ditenggelami air dan semua tanaman turut musnah. Difahamkan bahawa hanya satu keluarga yang selamat kerana tidak turut serta dalam pesta berkenaan.

Akhirnya perkampungan itu lenyap akibat nobunsut (tulah). Selepas perkampungan itu lenyap ditenggelami air, maka jadilah sebuah tasik yang dulunya sebuah kampung yang diberi nama Tasik Buyut yang bermaksud Tasik Luas dalam dialek Kaum Dusun Kimaragan. Sehingga sekarang dasar tasik buyut tersebut masih mempunyai tanda-tanda peninggalannya. Contohnya peralatan dapur ketika itu dan susunan kayu yang berbentuk beberapa buah rumah yang menjadi bukti. Dasar tasik itu tidak dibersihkan kerana terdapat buaya sumpahan moyang yang menjaga dasar tasik tersebut.

Sebenarnya banyak lagi cerita lagenda dari moyang berkenaan dengan wujudnya kampung saya tapi saya macam lupa-lupa ingat. Cerita ini juga saya perolehi ketika melakukan kajian sekolah berkenaan sejarah dan bentuk kampung untuk subjek sejarah dan geografi. Oklah, sekian saja cerita saya untuk kali ini.

Friday 21 November 2014

Dalam hidup tiada jaminan untuk terus bahagia.

memiliki cinta dan kasih is the best feeling ever!!
karna ia membuat kita kuat untuk terus survive dalam kehidupan yg penuh dugaan ini.
dalam hidup tiada jaminan utk terus merasakan bahagia.
tiada kepastian yg sebetulnya dalam segala hal.
setiap manusia pasti akan terlempar dari kotak kesenangan dan kebahagiaannya.
karna kehidupan manusia ini umpama roda yg takkan bisa terhentikan.
kita hidup tersekat2, terlalu banyak kekecewaan, kesedihan, harus merelakan dan kebahagiaan.
bahkan sampai nyawa kita dicabut dan dalam semua itu, kita bukan siapa2 lagi.
kekadang otak kita bijak memilih mana yang harus dilupakan dan mana yang harus d ingat.
kenapa tidak lupakan semuanya saja? ya, pasti ada jawapannya.

keputus asaan bukanlah jalan keluar dari setiap masalah yang dihadapi.
usaha? ia bukanlah jawapan buat setiap permasalahan melainkan kesabaran.
ketidak jaminan yang berdiri ditengah2 manusia bukan hanya untuk orang dewasa.
kita tidak boleh berpura2 melalui sesuatu itu sebagai kanak2 untuk menghindari cabaran.
hidup adalah cabaran dan cabaran adalah perjuangan dan perjuangan itu adalah kesabaran.

kenapa orang suka memandang kekurangan orang lain?
atas sebab apa sikap seperti itu harus terwujud? untuk menyakitkan?
cinta mengajar kita erti penerimaan, perkongsian dan kebersamaan.
kita perlukan cinta dan kasih atas dasar kaikhlasan bukan simpati.
kita tahu ia wujud tapi mengapa kita tidak dapat merasakannya?
saat kita memerlukannya, ia hilang!!

namun kita tersedar dari semuanya itu.
hidup tidak pernah mudah untuk kita jalani.
ya sudah banyak yg coba untuk menasihati,
tapi tetap saja jalan hidup setiap manusia adalah berbeza.
tidakkah kita merasa bahwa hidup dan masa depan itu berbeza?
umumnya, kita tahu hidup dan masa depan adalah sama.
tapi kita tidak pernah tahu akan kebenarannya.

lihat burung yang melintas terbang selalunya pada waktu petang.
padahal burung2 itu tidak memiliki waktu dan jam bila akan petang.
seperti kematian yang tidak berjam tapi kita tahu ia pasti akan datang.
mungkin..itulah kenapa kematian itu sebahagian daripada takdir karna memang waktunya sudah ada.
ianya seperti ada di hujung jalan saja tapi kita takkan pernah tahu apa akan berlaku.
mungkin..disitulah kita harus merelakan segalanya pergi.
kadang kematian dibilang 1 titik keputus asaan dan kekecewaan.

kita takkan pernah tahu seperti apa malaikat itu.
adakah dia punya sayap? punya wajah yang indah? atau punya senyun yang bahagia?
kita takkan pernah tahu karna kita ini banyak cacat cela.
kita takkan dapat apa2 kalau kita tidak tahu apa yang kita inginkan.
andai kita tidak perlu memilih, karna kedua2nya adalah membahagiakan.
kalau firasat kita positif, maka alam pasti akan mendukung kita.
eya..memang waktu sudah mematahkan sayap2 kita tapi waktu jugalah yang menguatkan kita.

karya : Daniel Jien
(repost from my facebook)