Monday 24 November 2014

Kisah Tasik Buyut Kg. Mangkalua

Ok today i'm going to tell u guys an interesting story about a place in my village tapi sebelum saya mulakan cerita, its better kalau saya tunjukkan dulu gambar tempat tersebut kan.


There u are. This is the place that i will talk about. Cantik? hehe As u can see, tasik ini dikenali sebagai tasik buyut. Kenapa tasik ini diberi nama sedemikian? Ah. Inilah yang akan saya ceritakan the story behind it. OK, Lets me start it.

seperti yang saya sudah bagi tahu, Tasik buyut ini terletak di Kg. Mangkalua yang kira-kira 13km dari pekan Kota Marudu. Cerita Lagenda ini bermula kerana kemurkaan dewa akibat sikap manusia yang tidak berperikemanusiaan terhadap haiwan. Menurut En. Gregory iaitu salah seorang staff di perikanan Tasik buyut, kampung saya sebenarnya sebuah kampung yang cantik dan terkenal pada masa itu. Tanahnya subur untuk pertanian dan persekitaran alam semulajadinya indah.

Difahamkan bahawa penduduk kampung sering mangaramai (mengadakan pesta dan majlis keramaian). Seperti biasa tuan, tapai dan menu tradisi kami yang lain merupakan menu wajib dalam acara tersebut. Diceritakan bahawa malapetaka berlaku selepas penduduk memaksa seekor kucing dan kera meminum arak dan memaksa kedua-duanya menari. Pesta keramaian kali ini menjadikan haiwan tersebut sebagai bahan jenaka, sambil para penduduk bersorak gembira dan paluan Gongv (alat muzik tradisional) semakin kuat. Dikatakan juga bahawa mereka turut melaga-lagakan kedua-dua haiwan tersebut sehingga mati.

 Berikutan dengan perbuatan itu, dewa menurunkan malapetaka iaitu hujan yang sangat lebat, dentuman petir dan ribut yang tiada penghujung selama seminggu. Kilat sambung-menyambung dan air hujan tidak boleh diminum kerana airnya beracun. Perkampungan tersebut pun ditenggelami air dan semua tanaman turut musnah. Difahamkan bahawa hanya satu keluarga yang selamat kerana tidak turut serta dalam pesta berkenaan.

Akhirnya perkampungan itu lenyap akibat nobunsut (tulah). Selepas perkampungan itu lenyap ditenggelami air, maka jadilah sebuah tasik yang dulunya sebuah kampung yang diberi nama Tasik Buyut yang bermaksud Tasik Luas dalam dialek Kaum Dusun Kimaragan. Sehingga sekarang dasar tasik buyut tersebut masih mempunyai tanda-tanda peninggalannya. Contohnya peralatan dapur ketika itu dan susunan kayu yang berbentuk beberapa buah rumah yang menjadi bukti. Dasar tasik itu tidak dibersihkan kerana terdapat buaya sumpahan moyang yang menjaga dasar tasik tersebut.

Sebenarnya banyak lagi cerita lagenda dari moyang berkenaan dengan wujudnya kampung saya tapi saya macam lupa-lupa ingat. Cerita ini juga saya perolehi ketika melakukan kajian sekolah berkenaan sejarah dan bentuk kampung untuk subjek sejarah dan geografi. Oklah, sekian saja cerita saya untuk kali ini.

1 comment: