Friday 19 December 2014

Waktu & Jarak (sabar)

sepi itu umpama kunang-kunang yang terbang dalam gelap,
sementara kebersamaan pula umpama senja yang ada sentiasa indah setiap hari melakar kenangan.
begitulah bezanya jarak dan waktu yang sering kali menimbulkkan rasa curiga lalu mengundang kepergian tanpa sedar dengan segala rasa dn ketidak pastian didada dn benak.
dalam kekesongan itu, diri pula merasa tersisi dan tak tersayangi,
siapakah manusia yang tidak mahu disayangi dan menyayangi?
ya, sayang itu adalah wajib tapi putus itu adalah hukum!
kekadang takdir terlalu menguji seseorang sehingga ia hanya mampu menyayangi tanpa disayangi.
ketika waktu berbicara barulah kita sedar bahawa jarak telah memisahkan kita.

ya, ketakutan yang berlebihan adalah bahaya tapi harapan yang berlebihan lebih menakutkan.
apakah kenangan-kenangan yang kita ingat yang pernah berlaku dalam kehidupan kita?
nama tempat, nama permainan, bila kejadian, peristiwa dan orang yang kita sayang.
semua itu pasti secara perlahan-lahan terhapus dari coretan dibenak ingatan kita.
TAPI dengan segala rasa dan kehangatan kenangan itu pasti takkan terlupakan . . .
gembira, sedih, marah, bahagia, kecewa, tersakiti bahkan kehilangan.

semakin kita bertukar dari tahun ke tahun, kita pasti akan menyedari dari semua kenangan yang kita lalui itu ada satu rasa yang paling besar dimana ia akan membuat kita tersenyum kembali.
iaitu cinta dan sayang. kerana jika satu persatu cerita berhenti menjadi kenangan, cinta dan sayang itu akan terus bergerak seiring harapan yang menyertai kita. cinta itu metafora.
cinta yang tak terlihat oleh mata, tak teraba oleh tangan tapi ia wujud. bahkan sebelum kita berbicara.
cinta yang sejati ialah yang kita kira telah pergi dan hilang ditelan oleh waktu dan dipeluk oleh jarak namun hakikatnya ia sebenarnya tersembunyi dan menunggu untuk kembali lagi.

setiap manusia sejujurnya perlukan masa dalam segala hal apa lagi dalam soal hati dan perasaan.
semua itu kerana hati pernah merasa tersakiti dengan segala harapan dan rasa sebelumnya.
perpisaan melalui jarak pula terus berkembang dari satu masa ke masa dan secara realistik mengundang rasa ketaksabaran hati manusia kita.
waktu bukanlah penentu dan jarak bukanlah penghalang melainkan hati dan perasaan tapi separti yang kita tahu, waktu dan jarak itu adalah sebahagian darinya seperti mana sedih dan gembira adalah satu pakej. namu pada hakikatnya waktu dan dan jarak itu terlihat pengkhiantannya.

(edited a bit and repost from my Facebook)

No comments:

Post a Comment